Friday, September 24, 2010

ulasan karya

saya telah membaca sebuah cerpen bertajuk "Hanya untukmu".dari laman web http://penulisan2u.blogspot.com/2008/08/cerpen-hanya-untukmu.html. Novel ini mengisahkan seorang jejaka bernama Fazreen Akmal yang dipaksa mengahwini gadis pilihan bapanya dan terpaksa meninggalkan kekasih hati,Farah.

Pada awal perkahwinan.Akmal tidak bahagia bersama isterinya ,Nurul Nadia kerana hatinya pada kekasih lama dan masih tiada cinta dalam hati untuk isterinya. Setiap kali dia ingin mendekati isterinya,bayangan Farah mematikan hasratnya.
Tapi lama kelamaan ,hatinya menjadi lembut melihat kelembutan wajah Nadia. Dan dia jatuh cinta dengan isteri isteri. Setelah sekian lama, akhirnya perasaan cinta dan sayang terbit dalam dirinya.
Hatinya mula berbunga cinta dan peraaannya pada Nadia tidakberbelah bahagi.

Tapi,panas tak sampai ke petang. Farah,kekasih lamanya muncul kembali. Kerana perasaan dendam kerana tidak dapat memiliki Akmal ,Farah merancang niat jahat. Pada suatu malam,dia mengajak Akmal bertemu di sebuah kelab malam. Tanpa diduga, dia telah memasukkan pil khayal ke dalam minuman Akmal. Dan malam itu,Farah berjaya memerangkap Akmal dan sempat menghantar MMS saat dia dan Akmal bermesra kepada Nadia. Nadia terus patah hati dan keluar daripada rumah. Dia bersembunyi di rumah ibu angkatnya di Balik Pulau. Nadia merahsiakan lokasi rumah ibu angkatnya daripada sesiapa kecuali hanya ibu bapanya yang tahu.

Akan tetapi,setelah sekian lama akhirnya Akmal mengetahui tempat Nadia bersembunyi. Dia nekad ke sana dan memujuk Nadia untuk pulang. Tetapi,apa yang mengecewakannya adalah Nadia tidak dapat memaafkannya lagi. Akmal yang begitu kecewa pulang dengan wajah yang muram. Tapi akhirnya dia sedar bahawa bukan salah Akmal saat dia di kelab malam itu. Sebelum pulang,Akmal memberi sepucuk surat menjelaskan segala-galanya. Dan Nadia yakin yang Farah telah memerangkap Akmal dan Farah yang telah menghantar MMS jijik itu kepadanya.
Malangnya, Akmal terlibat dalam kemalangan ketika hendak pulang ke rumah. Nadia terkejut apabila bapa dan mertuanya menjemputnya pulang keesokan hari. Hatinya luruh dan timbul perasaan menyesal kerana tidak memaafkan Akmal semalam.

Setelah 2 minggu koma, Akmal akhirnya sedar tetapi tidak dapat mengingati sesiapa termasuk Nadia. Tetapi Nadia tidak berputus asa, dia membantu suaminya mengingati segalanya. Berlainan pula dengan Akmal,dia tidak mahu membebankan isterinya lalu dia pergi berubat secara tradisional selama 2 bulan. Pemergiaan Akmal selama 2 bulan mengundang perasaan rindu dalam hati Nadia. Tetapi dia yakin yang suatu hari nanti Akmal akan kembali ke pangkuannya. Sangkaannya tepat apabila pada suatu hari Akmal pulang denggan keadaan yang ceria dan sihat.Dia kini dapat mengingati semuanya dengan baik. Dia berjanji yang dia tidak akan meninggalkan Nadia lagi dan cinta dan sayangnya hanya pada Nadia seorang.

1 comment:

  1. mana dia ulasan cerpen anda ini..

    nampak gaya hanya sinopsis sahaja

    ReplyDelete