Tuesday, August 10, 2010

kau teman kau sahabat

teman,
relakan tanganmu memimpinku saat aku tersesat,
hulurkan tangan ketika aku terjatuh,
kesat air mata ku saat aku berduka,
dan dakaplah aku ketika aku berjaya.

teman,
sentiasalah berada di sampingku,
di kala suka dan duka menjenguk jiwaku,
aku menanti kehadiranmu membawa senyuman dan khabar gembira,
agar hati yang sedang terluka ini akan terubat.

teman,
aku tidak melihat kesempurnaan padamu,
kerana aku juga insan biasa, tidak insan yang sempurna melainkan DIA,
aku tidak berharap kau menjadi pelindungku,
cuma,
berilah aku sedikit semangat agar aku mampu berdiri tegak,
menempuh badai hidup ini yang semakin ganas ombaknya.

teman,
genggam tanganku ketika kau tidak mampu berdiri kuat,
peluk aku tika kesepian menemanimu,
tanganku pasti tidak kuat untuk memegangmu,
tapi aku yakin keikhlasanku cukup teguh untuk menolongmu,
percayalah, aku memerlukanmu sepertimana kau memerlukan aku.

3 comments:

  1. salam..

    berbicara tentang teman teringat saya tentang lagu brother teman sejati.. memang sukar dicari..

    bagus atas nukilan sajak zarith..
    jangan lupa masukkan ciri-ciri penulisan kreatif dalam sajak anda ini

    ReplyDelete
  2. Salam,,di sini Jan nak bagitau yang sekarang ini Jan tidak lagi menggunakan norizzanni@blogspot..com.my sebaliknya jan menggunakan izzannie90@blogspot.com.my.Kawan-kawan dan Cikgu Nasrol boleh menaip terus kat http://izzannie90@blogspot.com.my (BAHASA LAMBANG JIWA ANAK BANGSA).Jan nak minta maaf atas sebarang kesulitan kerana Jan ada masalah dengan blog lama.Diharap cikgu dan rakan-rakan sekalian akan membantu Jan dalam usaha kita menambah ilmu bersama-sama..sekian..

    ReplyDelete
  3. teman memang penting dalam kehidupan kita.tetapi kita haruslah berhati-hati memilih teman kerana bukan semuanya baik.jadi berhati-hatilah ketika memilih teman.

    ReplyDelete